Friday, December 24, 2010

Pantun Semasa Majlis Persandingan


·         Pantun-pantun yang dilafazkan khusus kepada kedua mempelai.
·         Biasanya dilafazkan oleh pengacara, keluarga terdekat dan para hadirin yang hadir.
·         Pantun-pantun yang dilafazkan menjurus kepada pengantin dengan kata-kata pujian dan keserasian di antara mereka.
·         Contoh pantunnya seperti berikut;

Anak cina cari sembilang,
Dapat seekor di atas pasir,
Laksana mahkota gilang gemilng,
Sebagai emas baru diukir.

Jelatik burung jeladan,
Tekukur terbang tinggi,
Sama cantik, sama padan,
Kalau diukur sama tinggi.

Burung jelatik burung jeladan
Mencari sarang burung tempua
Sama cantik sama padan
Seperti pinang dibelah dua

Kain batik baju batik,
Batik datang dari Jawa,
Adik cantik abang cantik,
Bagai pinang belah dua.

Kain batik selendang batik,
Mari sebar di atas pentas,
Adik cantik abang cantik;
Bagai dakwat dengan kertas.

    Layang-layang terbang ke Aceh,
Jatuh ke ladu makan padi,
Seorang sayang seorang kasih,
Bagai hempedu lekat di hati.

         Pucuk mengkudu di tengah padang,
Pucuk direntas burung cawi,
Berjodoh adik dengan abang,
Bagai bulan dengan matahari

Kalau tuan pergi ke Tanjung,
Belikan saya pisau lipat,
Kalau tuan menjadi burung,
Saya menjadi benang pengikat.

Kalau tuan pergi ke Tanjung,
Bawalah kain barang sekayu,
Kalau tuan menjadi burung,
Saya menjadi ranting kayu.

Kalau tuan pergi ke Klang
    Saya hantar sampai ke Linggi,
Kalau tuan menjadi helang,
     Saya menjadi kayu yang tinggi.

Kalau tuan pergi ke laut,
Pesan saya ketam jantan,
Kalau tuan menjadi pulut,
    Saya menjadi kelapa santan.

Kalau tuan pergi ke laut,
carikan saya ketam betina,
kalau tuan menjadi rambut,
saya menjadi bunga cina.

Kalau tuan pergi ke laut,
Carikan saya ketam bertelur,
Kalau tuan menjadi rambut,
Saya menjadi bunga melor.

Kalau cik adik pergi ke laut,
Saya mandi dalam perahu,
      Jikalau cik adik menjadi rambut,
  Saya menjadi minyak berbau.

2 comments:

  1. berminat dengan oantun ini. Boleh saya gunakan.

    ReplyDelete
  2. tiada masalah...
    harap dapat berkongsi...

    ReplyDelete