Monday, December 27, 2010

Rujuk tanpa niat

SAYA bercerai pada Disember 2009 tetapi dalam tempoh edah, bekas suami datang menziarah dan akhirnya berlaku persetubuhan. Adakah ia dikira rujuk? Kami memang tidak ada niat untuk rujuk semula.
Kini saya ingin berkahwin dengan lelaki lain dan keliru dengan status saya sekarang kerana sesetengah pendapat mengatakan rujuk sah dengan persetubuhan walau tanpa sebarang akad rujuk.
WANITA KELIRU
Pasir Puteh, Ipoh

 
Jika puan dan suami bercerai dengan talak rajie iaitu talak satu dan dua, kemudian dalam edah puan dan suami bersetubuh, itu adalah perbuatan rujuk.
Rujuk boleh berlaku bukan saja dengan ucapan tapi juga dengan perbuatan seperti bersetubuh. Hakikatnya puan dan suami adalah suami isteri yang sah walau tidak tinggal sebumbung selepas itu.
Jika puan berhasrat kahwin lagi, suami mesti menceraikan puan dengan jelas dan mendaftarkan perceraian itu.
Soal kahwin dan cerai tidak boleh diambil mudah, pastikan puan sah dilepaskan, kemudian selesai edah puan boleh berkahwin semula.

sumber harian metro

No comments:

Post a Comment