Monday, December 13, 2010

Izin isteri bertindik pusat

SAYA akan berkahwin tidak lama lagi dan ada beberapa soalan yang ingin tahu mengenai hubungan suami isteri. Bolehkah sekiranya saya memberi keizinan kepada bakal isteri saya menindik pusat hanya untuk tatapan saya saja. Apakah hukumnya dalam Islam dan kesihatan ? Apakah hukum jikalau menonton cerita lucah bersama isteri?


FAIZ
Kuala Lumpur


Tahniah saya ucapkan kepada saudara kerana bakal mendirikan rumahtangga, semoga beroleh pahala kerana mengikut sunnah Nabi SAW.
Seorang wanita yang bergelar isteri adalah dituntut untuk berhias kepada suaminya dengan hiasan yang diharuskan seperti bertindik telinga umpamanya.
Apa saja hiasan yang harus digalakkan bagi isteri melakukannya demi menggembirakan mata dan mengambil hati suami.
Tidak disyariatkan dalam agama kita bertindik di pusat apalagi cara itu adalah dipelopori budaya orang bukan Islam. Sebaiknya izinkanlah isteri berbuat sesuatu di dalam lingkungan yang diharuskan dalam agama.
Orang Islam juga dituntut menjaga mata daripada melihat perkara yang haram.
Cerita lucah, jika pun ditonton dengan isteri, adalah haram.
Keinginan hubungan kelamin adalah sesuatu fitrah yang dianugerahkan Allah pada manusia, tanpa melihatnya pun manusia tahu melakukannya. Oleh itu tiada alasan untuk melihat filem lucah.

Sumber harian metro
 

No comments:

Post a Comment