Thursday, December 23, 2010

Pantun Semasa Menyambut Pengantin


·         Pantun yang dilafazkan mengambarkan adat mengunjung dan adat menerima pengunjung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
·         Kaya dengan budi bahasa, sopan santun dan memuliakan tetapi.
·         Menyelitkan unsur cabar mencabar, bergurau senda, dan kata-mengata untuk menghidupkan majlis agar sentiasa segar dan ceria.
·         Contoh pantunnya seperti di bawah ;

Raja besar perang berarak,
                                                Perang sekali tidak selesai,
Silalah tuan datang ke teratak,
                                                Tikar jarang jarak merasai.

                                                 Kemili berjunjung naik,
      Datang selingkar jatuh ke lubuk,
Jerangkan air di pangkal titi,
Saya berdiri sudah nak naik,
 Berilah tikar saya nak duduk,
                                                 Berilah air pembasuh kaki.

Katang-katang berisi manik,
                                                 Yang sebiji berisi gelam,
     Hulurkan tangan kami nak naik,
  Kami datang di malam kelam.

       Tidak disangka menimbul batang,
   Batang pauh batang tenggelam,
    Tidak disangka tuan nak datang,
Tempat jauh bulan pun kelam.
 
Tanah licin perahunya kolek,
Ubi keling di Tanjung Teluk,
   Tangga licin rumahnya molek,
Beri izin kami nak masuk.

            Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
                                                  Mangkuk bekas daun inai,
    Hendak masuk ku beri masuk,
     Masuk bersekali belanja tunai.

No comments:

Post a Comment