Saturday, April 30, 2011

Elak salah rawat

SEKITAR 10 tahun lalu Persatuan Kajian Impotensi Antarabangsa (ISIR) menubuhkan satu jawatankuasa meninjau sejauh mana kaedah dan pendekatan rawatan pembesaran alat kelamin yang dipaparkan sesebuah organisasi atau agensi produk kesihatan melalui laman web mereka berkesan.
Menurut jawatankuasa berkenaan, maklumat diberi sebilangan besar daripada laman web terbabit mengelirukan dan tidak boleh diterima secara saintifik kerana tiada kajian mengenai kaedah dan pendekatan untuk pembesaran anggota kelamin lelaki yang dipaparkan.

Kebanyakan laman web berkenaan menggunakan ‘testimoni’ dan untuk menguatkan lagi pasaran produk, mereka menjadikan pendekatan jaminan pulangan semula wang jika pelanggannya tidak mendapat perubahan.

Bagaimanapun, jaminan pulangan semula wang disertakan dengan beberapa banyak syarat dan di sebaliknya memang sukar mendapatkan semula wang seperti dijanjikan! Berikutan itu, jawatankuasa ISIR mencadangkan masalah berkaitan saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki memang perlu diberi perhatian.

Mereka berpendapat lelaki yang yakin mengalami masalah sedemikian perlu merujuk kepada doktor berkaitan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan serta rawatan.

Malangnya, mesej ini tidak sampai kepada orang ramai dan juga kepada lelaki yang tidak yakin mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin mereka walaupun anggota itu normal daripada segi baka dan keturunan.


Mengenai produk herba yang sesetengah orang gunakan seperti ‘Vimax’ yang kononnya dapat bantu memantapkan anggota kelamin lelaki, boleh dikatakan kekuatan produk itu gah kepada ‘strategi pemasaran’ saja.

Tiada kajian mutlak mengenai produk itu, hanya ramuannya iaitu herba tertentu seperti ‘tribulus, damiana epimedium dan maca yang kononnya dapat mengubah struktur serta metabolisme anggota kelamin lelaki.

Semua maklumat berkenaan hanya diceduk daripada kajian makmal dan tiada kajian klinikal. Semua ramuan herba itu ada dalam kebanyakan makanan tambahan herba yang dijual di pasaran dan boleh membelinya dengan mudah dan murah.

Malangnya, makanan tambahan berkenaan hanya untuk kesejahteraan badan dan tidak lebih daripada itu! Produk itu tidak akan menambah saiz alat sulit atau memantapkan ereksi supaya berdaya tahan atau memberi klimaks bergelora.

Jika mengamalkan gaya hidup sihat, tubuh badan akan berfungsi dengan baik. Jika seseorang itu benar-benar ada isu saiz atau tidak yakin dengan bentuk anggota kelamin, rujuk kepada doktor.

Pastikan doktor yang dirujuk itu bertauliah, maksud saya dia ada sijil pendaftaran sebagai doktor, kerana sangat ramai pengamal perubatan bukan doktor mengaku handal dan pakar dalam bidang membesarkan anggota kelamin lelaki.

Mereka tidak teragak-agak menyuntik anggota kelamin lelaki dengan minyak atau cecair yang kononnya boleh membesarkan alat sulit dan apabila anggota kelamin itu radang mereka tidak tahu mengambil tindakan selanjutnya, sebaliknya menghilangkan diri.

petikan harian metro ahad

Friday, April 29, 2011

Takut hubungan intim

ADA satu kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca pada minggu ini. Mungkin pada sesetengah orang ia tidak serius tetapi bagi saya kisahnya memang pelik, namun ia benar-benar berlaku.
Ia berkaitan seorang suami yang tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri walaupun berkahwin beberapa tahun. Alasannya, dia malu melihat kemaluan isteri selain takut melakukan hubungan seks.
Menakjubkan juga apabila si isteri bersabar dan pada masa sama, tidak pernah jemu memujuk suami dengan melakukan belaian manja, namun akhirnya suami menarik diri.

Ia bukan kerana suaminya mengalami masalah dengan alat kelamin, sebaliknya dia terlalu malu selain takut untuk melakukan hubungan seks.

Akibatnya, selain isteri terseksa daripada segi batin, keluarga mentua menganggap suami terkena buatan orang. Lantas, suami dibawa bertemu bomoh untuk diurut kerana isterinya tidak mengandung walaupun sudah lama berkahwin.

Apa yang berlaku kepada suami itu memang aneh kerana jarang berlaku keadaan di mana lelaki tidak suka melakukan hubungan seksual.

Suami terbabit mungkin terfikir hubungan seks membabitkan perkara ‘aneh’ iaitu perlu berdepan pasangan dalam keadaan memalukan, berbogel atau selak kain, perlu sentuhan kepada anggota kelamin dan pelbagai lagi.

Semua itu mungkin mengaibkan. Berdasarkan aduan diterima, si isteri turut cuba membantu menyelesaikan masalah dengan bersama-sama menonton ‘filem dewasa’ tetapi suaminya tetap tidak mahu melakukan seks, sebaliknya lebih gemar menonton filem itu berseorangan.

Selain itu, belaian diberi kepada suami turut ‘memanaskan’ lelaki itu tetapi apabila syahwat semakin meningkat suami tiba-tiba menarik diri, menyebabkan isterinya terkapai-kapai sendirian.

Dalam menghadapi masalah sebegini, peranan isteri sangat penting. Memandangkan isteri itu sudah biasa tidak mendapat kepuasan seks selain sentiasa bersabar dengan suami, nyata usahanya membawa kemajuan.

Biarpun isteri itu secara spesifik masih gagal mendapatkan kepuasan seks, terbukti belaian dan cumbuan mampu membuatkan suaminya ‘panas’ hinggalah dia akhirnya meminta dihentikan.

Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, isteri digalakkan untuk terus membelai dan mendidik suaminya melakukan hubungan intim. Jangan sekali-kali fikir perbuatan isteri meminta adegan intim daripada suami adalah sesuatu yang aneh. Ini kerana ia perbuatan yang sangat diperlukan dalam situasi dihadapi.

Isteri juga perlu terus bersabar jika mahu mengekalkan kehidupan rumah tangga. Pada masa sama suami perlu mendapat banyak pendedahan daripada pembimbing atau membaca buku panduan supaya mampu membuka minda, selain tidak tersalah tafsir berkaitan seks.

Antara pendekatan sesuai ialah bimbingan dan kaunseling seks dan bantuan pakar perubatan. Ia memang memerlukan masa dan bimbingan susulan perlu dilakukan sehingga berlaku perubahan terhadap si suami. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup berumahtangga.

petikan harian metro ahad

Thursday, April 28, 2011

Ikut gred

TIDAK dinafikan, segelintir lelaki atau suami menghadapi masalah mengekalkan ketegangan alat sulit ketika menjalin hubungan kelamin bersama pasangan mereka.
Ketegangan alat sulit individu ditentukan mengikut gred tertentu. Biasanya, lelaki dalam keadaan ghairah seksual akan mencapai ereksi zakar.
Zakar mengembang dan membesar akibat kemasukan banyak darah ke dalam liang otot pengembang zakar dan membuatkannya keras serta padat.

Pada masa sama, ruang kavernosa otot erektil dalam liang otot zakar memudahkan banyak darah masuk untuk membuatkan zakar tegang dan padat.


Ini dikenali sebagai tahap ketegangan Gred 4, yang mana penetrasi boleh dilakukan walaupun wanita itu belum bersedia.

Ereksi Gred 3 hanya mampu melakukan penetrasi jika wanita itu bersedia, iaitu jika faraj cukup pelembap dan pelicin dan wanita itu melegakan pembukaan faraj. Jika tidak berbuat begitu, zakar tidak dapat masuk dengan penuh dan hanya tersempal di pembukaan faraj.

Untuk Gred 2 dan 1, zakar nampak besar tapi jika dipegang, pejalnya seperti zakar yang kena suntikan minyak bunga yang pernah saya jelaskan beberapa minggu lalu — nampak besar tapi tidak berguna. Jadi, ereksi Gred 2 ke bawah menyebabkan individu terbabit sukar melakukan tusukan.

Ada situasi di mana ereksi menjadi kurang padat akibat keciciran darah yang bertakung dalam ruang kavernosa otot erektil. Situasi ini dikenali sebagai ‘venous leak’ dan cara mengatasinya ialah menggunakan alat ‘cincin penambat zakar’ yang sesuai.

Cincin ini mudah ditemui di pasaran dengan pelbagai nama. Perkara yang mustahak, jika mahu mencuba cincin berkenaan, pastikan ia selamat dan diperbuat daripada bahan yang tidak memberi kesan negatif kepada zakar atau anggota kelamin pasangan perempuan.

Cincin diperbuat daripada getah mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan kepada kulit zakar dan faraj. Jika suami boleh mencapai ereksi tetapi gagal dalam keadaan mengekalkannya untuk tujuan tusukan, mungkin cincin itu dapat membantu.

Jika memang tak dapat ereksi mencukupi, dia perlu jumpa doktor untuk rawatan ED. Untuk permulaan, dia boleh jumpa doktor keluarga dan jika tiada perubahan, dia boleh jumpa pakar.

Sebarang masalah, sila datang ke Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari laman web www.dsh.com.my

Tuesday, April 26, 2011

Rahsia tahan lebih lama

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?
Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI, Kajang


Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai ‘Coital Alignment’.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel ‘local anaesthetic’ (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor

petikan harian metro ahad

Wednesday, April 20, 2011

Kursus kahwin di Sungai Besi, Cheras, Serdang

Booking Kursus Kahwin di Kuala Lumpur. Sebagai syarat pernikahan, setiap pasangan yang ingin bernikah di kehendaki menghadiri kursus pernikahan atau kursus kahwin terlebih dahulu. Terdapat kursus yang dijalankan oleh Pejabat Agama Daerah  atau Pusat kursus Swasta. Walau apa pun pilihan anda, pastikan SIJIL yang di keluarkan adalah di iktiraf oleh Pejabat Agama. Harga biasa kursus kahwin untuk lembah klang adalah RM80 dan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad 

PILIHAN TEMPAT KURSUS PRA PERKAHWINAN
PUSAT KURSUS BTS MANAGEMENT, SUNGAI BESI
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN WANI PESONA, SETIAWANGSA
PUSAT KURSUS JOMKAHWIN, ALAM DAMAI CHERAS
Pusat Kursus Perkahwinan Keluarga Bahagia Wanis, Kuala Lumpur
PUSAT KURSUS MAHLIGAI FIRDAUS, SETIAWANGSA

Tarikh Kursus Kahwin Sepanjang Tahun 2011 :-



2 & 3     APRIL 2011
9 & 10   APRIL 2011
16 & 17 APRIL 2011
23 & 24 APRIL 2011
30  APRIL & 1 MEI 2011

7  &  8 MEI 2011
14 & 15 MEI 2011
21 & 22 MEI 2011
28 & 29 MEI 2011

Sebarang pertanyaan sila telefon 012-2756366

Klik sini untuk Mendaftar/Booking

Rujuk kepada doktor

SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci.
Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besar.
Adakah pengambilan ‘Vimax pills’ benar-benar berkesan bagi membesarkan zakar dan bolehkah ia didapati di farmasi?

Sepuluh tahun lalu, Persatuan Kajian Impotensi Antarabangsa (International Society of Impotence Research atau ISIR) menubuhkan satu jawatankuasa untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah dan pendekatan rawatan yang dipaparkan oleh organisasi dan agensi produk kesihatan melalui laman web mereka.

Mengikut jawatankuasa berkenaan, maklumat diberi sebilangan besar daripada laman itu mengelirukan dan tidak boleh diterima secara saintifik kerana tiada kajian mengenai kaedah dan pendekatan untuk pembesaran anggota kelamin lelaki yang dipaparkan.

Jawatankuasa itu menyatakan, masalah berkaitan saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki adalah isu yang perlu diberi perhatian. Mereka berpendapat ramai lelaki yakin mengalami masalah berkenaan dan perlu rujuk kepada doktor yang diiktiraf bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan.

Malangnya mesej ini tidak sampai kepada anda di luar sana dan juga kepada semua lelaki yang tidak yakin mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin mereka walaupun anggota itu normal daripada segi baka dan keturunan.

Kembali kepada produk herba ‘Vimax’ yang kononnya dapat bantu memantapkan anggota kelamin lelaki, boleh dikatakan kekuatan produk itu terletak kepada ‘strategi pemasarannya’ saja.

Produk ini tidak dikaji dengan baik. Jika anda benar-benar mengalami isu saiz atau tidak yakin dengan bentuk anggota kelamin anda, anda perlu rujuk kepada doktor.

Anda menyatakan anggota kelamin anda kecil ketika ereksi dan anda tidak yakin anda boleh memuaskan pasangan anda selepas berkahwin kelak.

Bagaimanapun, anda boleh membayangkan situasi apabila anggota kelamin dibesarkan secara luar biasa. Kesannya, anda pasti sukar berlari atau berjalan cepat kerana terasa sakit di bahagian tundun yang menampung anggota kelamin.

Jika anda tidak percaya, tanyalah lelaki yang menjalani proses pembesaran alat kelamin secara suntikan. Jika berlaku keradangan, anggota kelamin kelihatan besar dan berat serta mempunyai benjolan di keliling zakar.

Secara amnya, pembesaran zakar secara suntikan tidak bagus dan lebih mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jika anda masih berhajat, saya sarankan anda mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu dan ikuti kaedah disarankan.

petikan harian metro ahad

Monday, April 11, 2011

Salur darah buah zakar memuntal

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana ia boleh berlaku dan sekiranya seseorang mengalaminya, bagaimana kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit. Bolehkah ia sembuh?

Zul, Johor


Pembuluh vena yang menerima darah dari tisu dalam buah zakar menyalurkan darah ini kembali ke dalam sistem penyaluran darah boleh mengembang dan memuntal apabila takungan darah mendap dan berkumpul dalamnya apabila sistem penahanan (valve) dalam vena itu tidak dapat menolak darah kembali ke dalam sistem penyaluran darah.

Keadaan ini dikenali sebagai 'varicocele' dan ia boleh berlaku kepada kedua dua pembuloh vena buah zakar. Kemungkinan ia berlaku dalam kehidupan lelaki itu ialah antara 15 hingga 20 peratus.

Kemungkinan varikosel berlaku kepada pembuluh vena buah zakar kiri ialah 80 peratus. Biasa perkara ini bukan isu kecuali lelaki itu sudah berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kebetulan isterinya tiada masalah kesuburan dan ujian air maninya menunjukkan masalah kepada kedudukan profil spermanya.

Jika ini berlaku, cara yang bijak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengatasi masalah kemendapan darah vena itu, melalui pembedahan mengikat salur vena yang sudah kembang itu.

Sekiranya masalah sperma itu akibat kepanasan, maka cara yang dilakukan itu sudah tentu akan memulihkan keadaan. Jarangkali pembuluh vena baru yang muncul setelah vena yang kembang itu diikat, mengembang kembali dan membuatkan perkara itu berulangi.

Apabila situasi ini berlaku dan lelaki itu didapati ada masalah sperma, maka varikosel yang kembang itu perlu diikat supaya kilang sperma kembali aktif. Ada sebilangan lelaki yang mengalami varikosel kepada kedua dua buah zakar dan mempunyai masalah kesuburan.

Pembedahan yang sama juga akan dicadangkan dengan harapan profil sperma dapat dipulihkan. Boleh juga berlaku profil sperma masih kekal bermasalah dengan kualiti sperma yang merosot walaupun varikosel sudah dirawati.

Ada juga kes profil sperma normal walaupun lelaki itu mengandungi varikosel. Pendek kata, varikosel ini hanya dikendalikan apabila kesuburan lelaki itu tergendala.

Jika kualiti sperma normal dan dia tiada apa apa masalah, tiada sebab kenapa dia perlu jalani pembedahan varikosel.

petikan harian metro ahad

Wednesday, April 6, 2011

Mati pucuk

APAKAH tanda-tanda seseorang itu menghidapi penyakit mati pucuk?

INGIN TAHU
Setiawangsa,
Kuala Lumpur


Apabila gagal mencapai ketegangan alat sulitnya atau ereksi yang padat dan kekal secukupnya untuk melakukan seks penetratif dengan pasangan wanita, seseorang lelaki itu dikatakan mengalami ‘mati pucuk’.


Mati pucuk ialah tanda atau simptom penyakit atau masalah kesihatan yang menyebabkan kegagalan pencapaian ereksi. Mati pucuk bukan penyakit! Ia simptom penyakit!

Satu ketika, mati pucuk dikaitkan dengan gangguan fikiran dan lelaki yang mengalaminya biasa menyatakan mereka tidak terangsang, seolah-olah mengaitkan masalah mereka kepada pasangan.

Sebenarnya mereka berhajat untuk bersama dengan pasangan, tetapi tidak mampu kerana ereksi tidak berlaku atau ereksi tidak kekal.

Baru sekarang lelaki faham masalah ini ada kaitan dengan kurangnya kemasukan darah ke dalam ruang otot zakar yang menyebabkan kandungan darah tidak cukup untuk memadatkan zakar dan mengekalkan ereksi untuk tujuan persetubuhan.

Sebilangan besar masalah mati pucuk (lebih 80 peratus) disebabkan masalah kesihatan. Jadi apa-apa masalah kesihatan yang menyebabkan kekurangan darah masuk ke dalam otot zakar ketika lelaki berhajat melakukan persetubuhan boleh menyebabkan mati pucuk.

Sebagai contoh, penyakit yang menyebabkan pembuluh darah sempit seperti ‘arterioscelerosis’ yang ada kaitan dengan peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah yang berpunca daripada amalan tidak sihat seperti makan makanan mengandungi banyak lemak dan kolesterol, merokok kerana kandungan kimia dan nikotin menyebabkan dinding salur darah tercerut, serta tidak atau kurang mengamalkan senaman dan tekanan.

petikan dari harian metro ahad

Monday, April 4, 2011

Gadis guna tubuh pikat suami orang

DOKTOR, saya amat malu dan rasa bersalah pada diri sendiri.
Bermula sebagai gadis kampung yang lurus, saya kini berubah seolah-olah 'melacurkan' diri saya.
Kisah tragis saya bermula dengan keindahan percintaan dengan bekas teman lelaki. Biarkan saya namakan dia sebagai A.

Kata orang, cinta pertama begitu mengasyikkan dan penuh keindahan. Percintaan saya dengan A lima tahun lalu adalah saat-saat indah hidup hingga membayangkan dialah lelaki pertama dan terakhir hadir dalam hidup saya.


Tetapi, saya diuji apabila A meninggalkan saya tanpa memberikan sebarang sebab dan alasan.

Saat itu, hancur luluh hidup saya. Dari jauh saya dengar A berkahwin dengan gadis pilihan keluarga.

Kekecewaan dicampur dendam membara meliputi keseluruhan hidup dan saya bertekad akan mendapatkan kembali cinta A.

Berita yang saya dengar, A tinggal bersama dengan isteri di rumah mentua. A juga seorang anak menantu yang baik dan sering terbabit dengan aktiviti sosial di tempat tinggalnya.

Untuk pengetahuan Dr, saya dan A sama-sama menuntut di universiti.

Kerana emosi kecewa dan penuh dendam ditinggalkan A, saya mengambil langkah menghubunginya kembali tanpa menghiraukan A beristeri dan mempunyai dua orang anak.

Bayangkan Dr, daripada seorang gadis kampung yang tidak tahu cara-cara melakukan hubungan seks, saya 'bertukar rupa' menjadi gadis yang menjadikan seks sebagai cara mendapatkan A.

Saya berjaya membuatkan A kembali kepada saya sehingga kami beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu. A memberitahu saya dia tidak pernah mendapat layanan seks begitu indah daripada isterinya.

Dr, saya tahu apa yang saya lakukan itu adalah berdosa. Walaupun dapat membuatkan A kembali, saya sedih kerana seolah-olah 'melacurkan' diri.

Saya juga marah pada diri kerana merosakkan kehidupan seorang lelaki yang taat dengan ajaran agama untuk melakukan zina.

Walaupun masih mencintai A, saya malu dengan diri dan enggan merosakkan rumah tangga A.

Tolonglah Dr, saya tidak sanggup menanggung kesengsaraan kerana merasakan diri saya sangat hina.


KESAL
Kedah



TIDAK dapat dinafikan cinta yang tidak kesampaian akan membawa kepada perkara yang tidak selesai.

Apatah lagi apabila ditinggalkan tanpa diberitahu punca kepada perpisahan itu.

Walaupun, perasaan cinta amat indah, terlalu bergantung kepada kenangan dan keindahan cinta boleh merobekkan perasaan jika cinta musnah di tengah jalan.

Apabila ditinggalkan terkapai-kapai, memang akan memberi kesan kepada orientasi berfikir dan tingkah laku seseorang seperti mana adik alami.
Dr memahami perasaan hancur luluh itu.

Perasaan bersalah dan malu adik adalah langkah pertama untuk melihat kembali apa sebenarnya yang diingini dalam hubungan semula cinta dengan A.

Jika merasakan perlu mendapatkan A semata-mata untuk menyelesaikan perasaan marah, kecewa dan dendam, tidak hairanlah adik merasa seolah-olah melacurkan diri.

Apatah lagi apabila adik menggunakan seks sebagai alat untuk mengikat A. Selain daripada terbabit dengan perkara dilarang agama, adik menghukum diri sendiri. Bermodalkan setitis kebencian di dalam hati, ia membuahkan penderitaan.

Adik menanggung kesengsaraan kerana cinta kepada A bukan lagi atas sifat cinta sejati, tetapi lebih kepada keinginan untuk memenuhi perkara yang tidak selesai.

Kemungkinan juga A kembali kepada adik bukan kerana cintanya, tetapi kerana keseronokan seks yang dinikmati.

Nilai semula matlamat adik untuk menjalin hubungan dengan A. Jika adik merasakan ia lebih membebankan sehingga menyebabkan merasa seperti melacurkan diri, lepaskan A kerana dia memiliki kehidupan berkeluarga.

Merosakkan kehidupan keluarga A memanjangkan lagi perkara yang tidak selesai dalam hidup adik. Penderitaan dan kesengsaraan adik akan berterusan.

Adik perlu hilangkan segala kemarahan dan dendam kerana cinta sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Ini bermaksud tidak semestinya adik memiliki A untuk mencintainya.

Melihat A bahagia dengan keluarganya dan tidak melakukan perkara terkutuk dengan A adalah sebahagian daripada pengorbanan cinta sejati.

Kalahkan kejahatan dengan kebajikan, kalahkan kesombongan dengan kejujuran

petikan dari harian metro

Apa maksud perkahwinan bahagia?

SAYA seorang remaja perempuan yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Keluarga saya kecil dan hanya mempunyai seorang adik lelaki. Adik lelaki saya juga menuntut di IPTA.
Saya ingin bertanya Dr mengenai apa yang dimaksudkan dengan sebuah perkahwinan bahagia.
Saya keliru kerana apa yang didedahkan kepada saya mengenai istilah perkahwinan bahagia tidak sama dengan apa yang dilihat dalam perkahwinan ibu bapa saya.

Sebagai remaja perempuan, tentu sekali satu hari nanti saya ingin berkahwin dan mempunyai perkahwinan kekal hingga akhir hayat dan pasti tidak inginkan perceraian.


Saya ada membaca cerita perceraian terutama di kalangan artis.
Dalam banyak ceramah kekeluargaan, antara resipi kebahagiaan perkahwinan dan rumah tangga ialah kemahiran berkomunikasi, saling memahami dan pengorbanan. Tetapi, ia tidak ada dalam perkahwinan ibu bapa saya.

Walaupun, ibu bapa saya kekal sebagai suami isteri, rumah kami penuh dengan kesunyian. Ibu bapa membuat haluan masing-masing. Mereka tidak bergaduh, tetapi tidak bergurau senda.

Ibu saya selalu tidak mengendahkan bapa dan sering membiarkan bapa membuat halnya sendiri. Contohnya, apabila ibu ingin keluar berjalan dengan saya, dia tidak peduli sama ada sudah beritahu ayah atau tidak.

Ayah pula terlalu memberi muka kepada ibu. Apa saja yang dikehendaki ibu diturutinya. Ayah tidak pernah membantah permintaan ibu.

Saya pernah terdengar perbualan mereka iaitu ayah mahu ibu melahirkan anak lagi, tetapi ibu enggan sedangkan dia tidak bekerja. Memang pelik sikap ibu, tetapi ayah tetap sayang.

Dari sudut pendidikan, ibu saya tidak berpelajaran tinggi manakala bapa berkelulusan universiti. Mereka berkahwin lebih 23 tahun.

Sejak kecil, saya lihat mereka tidak suka keluar bersama-sama, tiada gelak ketawa, malah bapa jarang berbincang mengenai tugasnya dengan ibu.

Bapa sering seorang diri dan jarang mengikut ibu keluar. Ibu pula sering ke rumah ibunya yang hanya beberapa kilometer dari rumah saya.

Adakah disebabkan status pendidikan yang jauh berbeza, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik? Adakah ini bermakna saya kena memilih jodoh yang mempunyai taraf pendidikan lebih kurang sama dengan saya supaya perkahwinan itu tidak menjemukan?

Saya keliru dan tertanya-tanya sama ada ibu dan bapa saya gembira dengan perkahwinan mereka?

Apabila saya berkahwin nanti, adakah perkahwinan itu akan jadi seperti mereka, sebuah perkahwinan yang sunyi sepi?

Adakah saya perlu bercinta dulu sebelum berkahwin atau kahwin dulu baru bercinta?

ANAK SEDIH
Kuala Terengganu




PERKAHWINAN adalah sebuah hubungan yang ada kalanya unik. Pasangan yang tidak bahagia tidak semestinya akan bercerai.

Ramai pasangan suami isteri mengambil kira banyak faktor untuk mengekalkan sebuah rumah tangga terutama sekali apabila memikirkan kesejahteraan mental dan emosi anak-anak.

Kebahagiaan juga adalah relatif sifatnya, ada suami isteri yang mendefinisikan kebahagiaan perkahwinan sebagai melihat pasangannya gembira walaupun dirinya tidak gembira.

Seperti ibu bapa adik, setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk menilai perkahwinan dari sudut kebahagiaan.

Resipi kebahagiaan mengikut mereka adalah ukuran sendiri. Mungkin tingkah laku dan sikap ayah dilihat sebagai terlalu mengikut kata-kata ibu namun ayah adik mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau tidak membantah kehendak ibu.

Ayah boleh bersifat lebih asertif dengan meminta ibu memberi perhatian kepada dirinya, melahirkan anak lagi dan tidak selalu ke rumah ibunya.

Namun, ayah tidak melakukannya. Sikap ayah ini membuatkan ibu merasakan apa yang dilakukannya adalah betul. Apabila ayah tidak bersifat asertif, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan ibu.

Ayah perlu berhadapan dengan kesan daripada sifat dirinya yang tidak asertif dan tingkah lakunya.

Dr tidak tahu sama ada ayah dan ibu gembira atau tidak dengan perkahwinan mereka. Yang pasti, mereka mahukan perkahwinan itu berterusan.

Cara mereka berdaya tindak untuk mengatasi konflik rumah tangga adalah berdasarkan keinginan dan keunikan cara tersendiri.

Ada kalanya apa yang diinginkan sebuah pasangan tidak sama dengan jangkaan orang luar.

Apa yang sering adik baca mengenai resipi kebahagiaan sesebuah rumah tangga dari pakar perkahwinan atau pakar motivasi adalah sebagai satu panduan.

Berdasarkan kajian, resipi ini bersifat benar bagi banyak perkahwinan. Namun ia tidak semestinya benar bagi semua perkahwinan.

Ada pasangan yang melihat kebahagiaan rumah tangga dari sudut keinginan mereka tersendiri.

Mengenai perkahwinan adik nanti, apa yang didefinisikan sebagai kebahagiaan banyak bergantung kepada apa yang diinginkan oleh adik dan bakal suami.

Adik boleh menjadikan panduan kebahagiaan perkahwinan sebagai panduan menjalani kehidupan berumahtangga.

Mengenai pertanyaan adik sama ada disebabkan status pendidikan ibu bapa yang jauh berbeza, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik, jawapan kepada perkara ini perlu diteliti lagi. Membuat andaian hanya akan memberi jawapan tidak tepat.

Komunikasi yang baik bergantung kepada banyak faktor. Perbezaan taraf pendidikan boleh menjadi faktor kepada jurang komunikasi tetapi tidak semestinya benar berlaku kepada perkahwinan ibu bapa adik.

Ini juga secara tidak langsung menjawab kepada persoalan adik iaitu adakah perlu memilih jodoh yang mempunyai taraf pendidikan lebih kurang sama dengan adik supaya perkahwinan menjadi bahagia.

petikan dari harian metro

Saturday, April 2, 2011

Kursus Kahwin Sungai Besi, Bukit Jalil, Serdang

Booking Kursus Kahwin di Kuala Lumpur. Sebagai syarat pernikahan, setiap pasangan yang ingin bernikah di kehendaki menghadiri kursus pernikahan atau kursus kahwin terlebih dahulu. Terdapat kursus yang dijalankan oleh Pejabat Agama Daerah  atau Pusat kursus Swasta. Walau apa pun pilihan anda, pastikan SIJIL yang di keluarkan adalah di iktiraf oleh Pejabat Agama. Harga biasa kursus kahwin untuk lembah klang adalah RM80 dan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad 

PILIHAN TEMPAT KURSUS PRA PERKAHWINAN
PUSAT KURSUS BTS MANAGEMENT, SUNGAI BESI
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN WANI PESONA, SETIAWANGSA
PUSAT KURSUS JOMKAHWIN, ALAM DAMAI CHERAS
Pusat Kursus Perkahwinan Keluarga Bahagia Wanis, Kuala Lumpur
PUSAT KURSUS MAHLIGAI FIRDAUS, SETIAWANGSA

Tarikh Kursus Kahwin Sepanjang Tahun 2011 :-


19 & 20 MAC 2011
26 & 27 MAC 2011 


2 & 3     APRIL 2011
9 & 10   APRIL 2011
16 & 17 APRIL 2011
23 & 24 APRIL 2011
30  APRIL & 1 MEI 2011

7  &  8 MEI 2011
14 & 15 MEI 2011
21 & 22 MEI 2011
28 & 29 MEI 2011

Sebarang pertanyaan sila telefon 012-2756366

Klik sini untuk Mendaftar/Booking