Saturday, January 8, 2011

Rujuk tetap sah tanpa saksi

ADAKAH sah kes rujuk cerai dan rujuk tanpa saksi?
Perlukah dimaklumkan kepada mahkamah syariah?
ASYRAF
Johor

MENURUT Undang-Undang Keluarga Islam, setiap pernikahan dan perceraian perlu didaftarkan dan dilaporkan kepada pendaftar kariah masjid atau mahkamah syariah.

Menjadi suatu kesalahan apabila tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa agama.
Rujuk tetap sah tanpa saksi dan tanpa pengetahuan isteri sekalipun.

Sekiranya isteri masih dalam talak raj’i iaitu perceraian talak satu atau dua yang masih dalam edah.

Adalah lebih baik sekiranya isteri diberitahu dengan kata-kata rujuk kerana ketika talak raj’i, suami isteri masih dalam ikatan perkahwinan sebelum tamat edah.

Suami tidak ditegah untuk bermesra dengan isteri sehingga kepada persetubuhan sekali pun.

Menurut Sayyid Sabiq, rujuk sah dengan tiga cara iaitu melalui kata-kata, perbuatan seperti persetubuhan ketika dalam edah dan dorongan seksual seperti ciuman.
Bagaimanapun, Imam Syafie mensyaratkan dengan katakata sahaja iaitu ‘Aku rujuk engkau’. Ini kerana bagi Imam Syafie, talak memutuskan pernikahan (Sabiq, II: 178).

Apa pun semua perkara hendaklah dilaporkan kepada pendaftar kariah masjid di tempat pasangan bermastautin.

Jika isteri bersetuju dengan rujuk berkenaan, mereka dibenarkan hidup sebagai suami isteri apabila suami memohon kepada mahkamah.

Bagaimanapun, jika isteri tidak bersetuju, dia tidak boleh dipaksa untuk hidup bersama. Mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai untuk menyelesaikannya.

sumber harian metro

No comments:

Post a Comment