Saturday, January 1, 2011

Pemberian wang bulanan


SAYA inginkan kepastian mengenai nafkah zahir.
Adakah wang pemberian bulanan suami kepada isteri itu wajib dan tergolong sebagai nafkah zahir? Atau wang itu dianggap bonus dan tanda kasih sayang suami kepada isterinya?
FIRDAUS
Tanah Merah, Kelantan

 
Seorang suami wajib membayar nafkah zahir dan batin, namun bagaimana cara dia membayarnya terpulang pada keselesaan dan kemampuan dirinya. Jika suami menganggap wang bulanan itu sebagai nafkahnya, maka selesailah tanggungjawab nafkah itu.

Jika suami berhajat memberi lebih sebagai pemberian, dia beroleh pahala kerana setiap pemberian akan dikira ibadah. Walau apapun, yang wajib adalah nafkah manakala sebarang pemberian lain yang dikira sebagai hadiah kasih sayang adalah tambahan saja.

No comments:

Post a Comment