Monday, November 29, 2010

DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W

Sabda Rasulullah s.a.w :
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a) 
              
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya. (Hadis Dha'if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar) 

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami. (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin. (Hadis Dha'if riwayat Ibnu Majah) 

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) 

Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut . 

No comments:

Post a Comment