Thursday, November 11, 2010

Akad Nikah Di Masjid


LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI;

1.     Nikah kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
2.    Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
3.    Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
4.    Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
5.    Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

No comments:

Post a Comment