Monday, March 21, 2011

Cerita Rekaan


 Kisah ini hanyalah sekadar satu rekaan mengenai kehidupan masyarakat majmuk.Paparan kisah ini untuk kita fikir-fikirkan seketika dalam masa terluang.

Kisah ini berlaku dalam sebuah kawasan perumahan, dimana penduduknya berbilang-bangsa/budaya dan agama. Mengisahkan 4 orang sahabat yang tinggal berjiran. Mereka masih bersekolah rendah dan Mempunyai Cita-cita tinggi melangit :

Azrul (anak jiran 1) : Sham ayah awak kerja apa?

Sham (anak jiran 2): Ayah saya pegawai besar,gaji pun tinggi.Maklumlah ayah orang kuat parti U.Selalu Out station.

Ah Chai (anak jiran 3):Bapa saya pula Tauke Jual kereta terpakai.Hari-hari ikut Datuk Menteri pergi mesyuarat.

Ranju (anak jiran 4) : Ayah saya lagi banyak sibuk. Bos Restoran,selalu jumpa YB tak kira masa.Ayah azrul kerja apa pulak ?

Azrul (anak jiran 1) : Ayah saya sangat baik dan selalu pergi surau dengar kuliah Magrib.Kerja ayah bisnes juga,tapi cukup untuk kami sekeluarga bergembira dan kami sering diajak ber syukur pada Allah.Kamu kalau dah besar nanti nak bercita-cita apa ?

Ah Chai (anak jiran 3) : Saya mahu jadi Tauke macam ayah saya.

Sham (anak jiran 2) : Pegawai Bank.

Ranju (anak jiran 4) : Saya nak buka
mini market.

Azrul (anak jiran 1) : Kalau macam tu, saya nak bercita- cita jadi Doktor.

Ranju,Sham dan Ah Chai tersenyum dan Ranju menyoal semula Azrul.Kenapa nak jadi Doktor ?

Azrul (tersenyum) : Macamni,ayah kita berbeza parti,kita pula tak sama cita-cita,jadi biarlah saya jadi doktor,bila Ah Chai dah tua dan dirawat di hospital,InsyaAllah saya cuba rawat,Sham boleh bantu wang, Ranju boleh bawa buah tangan untuk Ah Chai, saya pula akan cuba merawat Ah Chai.Kan mudah.Kita boleh ber satu dan bersama.

Mereka tersenyum dan berjalan ke padang permainan dengan riang sekali.

No comments:

Post a Comment