Friday, January 13, 2012

6 SIFAT BURUK PEREMPUAN YANG TAK BOLEH DI JADIKAN ISTERI ...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ... Perlu kita ketahui bagaimana Perempuan yang Tak harus untuk di jadikan isteri, Sebelum kita Menuju Keluarga yang bahagia .. Berikut SIFAT-SIFAT BURUK yang perlu seorang wanita JAUHI untuk menjadi seorang is3 yang bukan saja baik tapi cerdik dan solehah.:)) semua wanita impikan bergelar is3 solehah kan...MARI KITA MUHASABAH DIRI....kerana kita bukanlah sempurna.

1. Al -Anaanah ...

Maknanya wanita yang banyak berkeluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup, dll. Tak redha dgn pembelaan dan apa yg diberi suami.Sentiasa tidak berpuas hati. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.SILA JAUHI YER...

2. Al-Manaanah ...

Wanita yang Suka mengungkit2. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan atau suka maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Wanita jenis ini sangat suka hendak membicarakan keburukan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al-Hunaanah ...

Ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah ...

WAnita yang Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dgn berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budak-budak, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah ...

Wanita yang Sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dg ibadah-ibadah wajib dan sunnah, seperti sholat, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah ...

Wanita yang Banyak berbicara, menggosip., mengumpat. Siang malam, pagi petang asik mengata orang saja. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dgn telfon, SMS, internet, dan macam2 cara yang lain .Ada juga wanita yang suka menceritakan keburukan suami kepada ibubapa dan jiran2 apabila bilau tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Yg jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.


Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...

Monday, October 24, 2011

Daftar Kursus Kahwin

(Pendaftaran FREE. Pembayaran hanya di buat apabila sampai ke tempat kursus)



Tarikh  Kursus :-

7/1/2012  & 8/1/2012
14/1/2012 & 15/1/2012
21/1/2012 & 22/1/2012
28/1/2012 & 29/1/2012

11/2/2012 & 12/1/2012
18/2/2012 & 19/2/2012
25/2/2012 & 26/2/2012

Pilihan Tempat Kursus :-
( pilih salah satu )

PUSAT KURSUS BTS MANAGEMENT, SUNGAI BESI
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN WANI PESONA, SETIAWANGSA
PUSAT KURSUS JOMKAHWIN, ALAM DAMAI CHERAS
Pusat Kursus Perkahwinan Keluarga Bahagia Wanis, Kuala Lumpur
PUSAT KURSUS MAHLIGAI FIRDAUS, SETIAWANGSA





Thursday, July 7, 2011

CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH

1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yang jadi ukuran..:p)

Asal rombongan peminangan

Dalam kerajaan Melayu lama, raja-raja Melayu akan membawa rombongan peminangan beserta beberapa dulang buah tangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan. Dalam hal ini, perkara ini menjadi ikutan masyarakat pada zaman tersebut untuk membawa sesuatu pada urusan peminangan sebagai sesuatu yang disebut hantaran. Perbezaannya, raja-raja pada zaman tersebut hanya membawa buah tangan yang diberikan ikhlas kepada pihak perempuan tanpa meletakkan apa-apa syarat. Ia sekadar sebagai tanda hormat supaya tidak datang dengan tangan kosong. Sebaliknya, masyarakat Melayu menjadikan ia sebagai perkara wajib dan meletakkan bilangan-bilangan dulang tertentu serta budget sesuatu hantaran.

Setelah urusan peminangan selesai dan sebelum pihak lelaki beransur pulang membawa kembali dulang yang dibawa tadi, pihak perempuan akan memberikan buah tangan dari pihak mereka supaya pihak lelaki tidak kembali dengan dulang kosong. Ia bukan atas permintaan pihak lelaki atau persetujuan mana-mana pihak. Apa yang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu pada hari ini, pihak lelaki akan membawa dulang berisi hantaran dari pihak mereka dan pihak perempuan akan memberi hantaran dalam dulang yang berlainan dan kebiasaannya diberikan dalam bilangan yang ganjil. Selain itu, ada juga yang meletakkan sebagai wajib bagi pihak perempuan untuk membalas dalam bilangan yang lebih.

Saturday, May 14, 2011

Asal rombongan peminangan

Dalam kerajaan Melayu lama, raja-raja Melayu akan membawa rombongan peminangan beserta beberapa dulang buah tangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan. Dalam hal ini, perkara ini menjadi ikutan masyarakat pada zaman tersebut untuk membawa sesuatu pada urusan peminangan sebagai sesuatu yang disebut hantaran. Perbezaannya, raja-raja pada zaman tersebut hanya membawa buah tangan yang diberikan ikhlas kepada pihak perempuan tanpa meletakkan apa-apa syarat. Ia sekadar sebagai tanda hormat supaya tidak datang dengan tangan kosong. Sebaliknya, masyarakat Melayu menjadikan ia sebagai perkara wajib dan meletakkan bilangan-bilangan dulang tertentu serta budget sesuatu hantaran.

Setelah urusan peminangan selesai dan sebelum pihak lelaki beransur pulang membawa kembali dulang yang dibawa tadi, pihak perempuan akan memberikan buah tangan dari pihak mereka supaya pihak lelaki tidak kembali dengan dulang kosong. Ia bukan atas permintaan pihak lelaki atau persetujuan mana-mana pihak. Apa yang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu pada hari ini, pihak lelaki akan membawa dulang berisi hantaran dari pihak mereka dan pihak perempuan akan memberi hantaran dalam dulang yang berlainan dan kebiasaannya diberikan dalam bilangan yang ganjil. Selain itu, ada juga yang meletakkan sebagai wajib bagi pihak perempuan untuk membalas dalam bilangan yang lebih.