Friday, December 31, 2010

Sembilan tahun janji bertunang


BARU-BARU ini, saya dengar ceramah yang mengatakan jika seorang lelaki menyatakan keinginan untuk memperisterikan seorang wanita dan wanita itu bersetuju maka mengikut hukum Islam mereka sudah bertunang walaupun hanya melalui telefon. Merisik dan menghantar cincin hanyalah adat.
Saya mengalami hal ini sejak sembilan tahun lalu dan masih belum berkahwin, manakala teman lelaki saya yang sudah berkahwin ketika menyatakan hasrat itu, sehingga kini masih bersama isterinya.
Malah, kami tidak pernah memutuskan hubungan itu dan masih bersahabat baik tetapi tidak membicarakan soal perasaan masing-masing.

Saya ada bertanyakan hal ini kepadanya dan dia masih ingat hasratnya. Persoalannya, adakah kami benar-benar sudah bertunang?
Jika ya, bagaimana untuk memutuskan ikatan ini kerana saya risau ia akan mendatangkan masalah kepada saya pada masa depan.
MAS
Georgetown


Khitbah atau bertunang ada pelbagai cara dalam Islam, antaranya seperti yang saudari sebut ialah langkah pertama. Langkah seterusnya ialah memaklumkan kepada ahli keluarga perempuan untuk persetujuan dan juga supaya dia tidak dipinang orang lain sementara ada hubungan khitbah ini.

Bagi pihak saudari, belum boleh dikatakan sudah dipunyai orang lagi kerana pihak lelaki juga tidak meneruskan hasratnya bahkan sudah pun berkahwin dengan orang lain. Saudari sekarang adalah anak gadis dan masih boleh dipinang orang lain.

sumber harian metro

Thursday, December 30, 2010

Cara urus uri ikut Islam


DATUK, saya ingin bertanya mengenai status uri, adakah ianya tergolong sebagai najis? Adakah ia perlu dibawa pulang ke rumah dan ditanam? Bolehkah sekiranya uri itu ditinggalkan di tempat isterinya bersalin dan jika perlu ditanam adakah ia perlu disucikan terlebih dulu?
JAAPAR
Subang Jaya
 
Uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.
Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata. Ini bagi mengelak daripada ia dimakan anjing dan binatang lain.
Sebaiknya dibersihkan dulu dan ada petua orang tua agar ia dibasuh dengan asam supaya tidak berbau hanyir darah yang mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.

Wednesday, December 29, 2010

Kahwin

Kursus Kahwin

Sebagai syarat pernikahan, setiap pasangan yang ingin bernikah di kehendaki menghadiri kursus pernikahan atau kursus kahwin terlebih dahulu. Terdapat kursus yang dijalankan oleh Pejabat Agama Daerah  atau Pusat kursus Swasta. Walau apa pun pilihan anda, pastikan SIJIL yang di keluarkan adalah di iktiraf oleh Pejabat Agama. Harga biasa kursus kahwin untuk lembah klang adalah RM80 dan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad


PILIHAN TEMPAT KURSUS PRA PERKAHWINAN
PUSAT KURSUS BTS MANAGEMENT, SUNGAI BESI
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN BANDAR DAMANSARA
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN WANI PESONA, SETIAWANGSA
PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI AN NISAA, CHERAS
KURSUS ANJURAN PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM DI MASJID NEGARA
PUSAT KURSUS JOMKAHWIN, ALAM DAMAI CHERAS
Pusat Kursus Perkahwinan Keluarga Bahagia Wanis, Kuala Lumpur

PUSAT KURSUS MAHLIGAI FIRDAUS, SETIAWANGSA


Tarikh Kursus Kahwin Sepanjang Tahun 2010 Dan 2011 :-

11 & 12, DISEMBER 2010
18 & 19, DISEMBER 2010
25 & 26  DISEMBER 2010

8  & 9  JANUARI 2011
15 & 16 JANUARI 2011
22 & 23 JANUARI 2011
29 & 30 JANUARI 2011

5  & 6   FEBUARI 2011
12 & 13 FEBUARI 2011
19 & 20 FEBUARI 2011
26 & 27 FEBUARI 2011


Sebarang pertanyaan sila telefon 012-2756366


Klik sini untuk mendaftar

Monday, December 27, 2010

Pusat Kursus Kahwin Kuala Lumpur

Senarai Pusat Kursus Kahwin

Sebagai syarat pernikahan, setiap pasangan yang ingin bernikah di kehendaki menghadiri kursus pernikahan atau kursus kahwin terlebih dahulu. Terdapat kursus yang dijalankan oleh Pejabat Agama Daerah  atau Pusat kursus Swasta. Walau apa pun pilihan anda, pastikan SIJIL yang di keluarkan adalah di iktiraf oleh Pejabat Agama. Harga biasa kursus kahwin untuk lembah klang adalah RM80 dan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad


PILIHAN TEMPAT KURSUS PRA PERKAHWINAN
PUSAT KURSUS BTS MANAGEMENT, SUNGAI BESI
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN BANDAR DAMANSARA
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN WANI PESONA, SETIAWANGSA
PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI AN NISAA, CHERAS
KURSUS ANJURAN PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM DI MASJID NEGARA
PUSAT KURSUS JOMKAHWIN, ALAM DAMAI CHERAS
Pusat Kursus Perkahwinan Keluarga Bahagia Wanis, Kuala Lumpur

PUSAT KURSUS MAHLIGAI FIRDAUS, SETIAWANGSA


Tarikh Kursus Kahwin Sepanjang Tahun 2010 Dan 2011 :-

11 & 12, DISEMBER 2010
18 & 19, DISEMBER 2010
25 & 26  DISEMBER 2010

8  & 9  JANUARI 2011
15 & 16 JANUARI 2011
22 & 23 JANUARI 2011
29 & 30 JANUARI 2011

5  & 6   FEBUARI 2011
12 & 13 FEBUARI 2011
19 & 20 FEBUARI 2011
26 & 27 FEBUARI 2011


Sebarang pertanyaan sila telefon 012-2756366


Klik sini untuk mendaftar

Rujuk tanpa niat

SAYA bercerai pada Disember 2009 tetapi dalam tempoh edah, bekas suami datang menziarah dan akhirnya berlaku persetubuhan. Adakah ia dikira rujuk? Kami memang tidak ada niat untuk rujuk semula.
Kini saya ingin berkahwin dengan lelaki lain dan keliru dengan status saya sekarang kerana sesetengah pendapat mengatakan rujuk sah dengan persetubuhan walau tanpa sebarang akad rujuk.
WANITA KELIRU
Pasir Puteh, Ipoh

 
Jika puan dan suami bercerai dengan talak rajie iaitu talak satu dan dua, kemudian dalam edah puan dan suami bersetubuh, itu adalah perbuatan rujuk.
Rujuk boleh berlaku bukan saja dengan ucapan tapi juga dengan perbuatan seperti bersetubuh. Hakikatnya puan dan suami adalah suami isteri yang sah walau tidak tinggal sebumbung selepas itu.
Jika puan berhasrat kahwin lagi, suami mesti menceraikan puan dengan jelas dan mendaftarkan perceraian itu.
Soal kahwin dan cerai tidak boleh diambil mudah, pastikan puan sah dilepaskan, kemudian selesai edah puan boleh berkahwin semula.

sumber harian metro

Saturday, December 25, 2010

Anak angkat anak susuan


SAYA sudah berkahwin lima tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Kami bercadang mengambil anak angkat yang tiada tali persaudaraan dengan kami.
Jika saya mengambil anak angkat perempuan, adakah haram hukumnya jika bersentuh dengan suami saya dan begitu juga sebaliknya?
INSAN BUNTU
Terengganu

 
Anak angkat tidak akan sama seperti anak kandung sama ada di segi hukum mahupun biologi. Bagaimanapun, untuk memudahkan urusan di segi hukum pengambilan anak angkat, puan dan suami dinasihatkan mengambil bayi berusia kurang daripada dua tahun.
Bayi itu sebaik-baiknya disusukan dengan susu badan puan sendiri. Puan boleh merujuk kepada doktor perubatan untuk membantu puan menyusukan bayi.

Apabila anak itu dijadikan anak susuan puan, pelbagai masalah berkaitan hukum bersentuhan dapat diselesaikan. Anak susuan boleh bersentuh dengan puan dan suami seperti anak sendiri, cuma yang membezakannya adalah dia tiada hak dalam pembahagian harta pusaka dan suami puan tidak boleh menjadi walinya.

Namun, masalah ini boleh diselesaikan melalui penulisan wasiat dan berwalikan hakim.

sumber harian metro

Friday, December 24, 2010

Pantun Selepas Berkahwin


·         Pantun-pantun yang dilafazkan adalah di antara suami dan isteri.
·         Kata-kata yang dilafazkan untuk menggambarkan isi hati dengan cinta, kasih sayang, pengharapan, janji setia dan sebagainya.
·         Melalui pantun-pantun ini menjelaskan betapa murninya ikatan perkahwinan yang dianjurkan oleh agama, kerana melalui perkahwinan itu telah menghalalkan penyatuan dua hati yang saling lengkap-melengkapi, perlu-memerlukan, sehingga berlakunya satu perkongsian hidup yang benar-benar adil, harmonis dan bahagia.
·         Antara pantun-pantun itu ialah ;

Pohon selasih pohon semulih,
Ambil sopan pecahkan santun,
Sudah kita bertambah kasih,
Marilah kita berkarang pantun.

Anak muda berantai dokoh,
Padang luas larian kuda,
     Sekarang baru mendapat jodoh,
barulah puas hati kakanda.

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang,
Cinta sayang bukan sedikit,
Racun penawar tuan seorang.

Seri Rama menambang tasik,
Tasik ditambang dipadan tetamu,
Sekian lama menanggung kasih,
Baharulah sekarang kita bertemu.

Padi bernama padi belok,
Benih datang dari Palembang,
Serta dapat bunga dijolok,
             Baharulah dapat bunga yang kembang.

Belayar masuk Kuala Kedah,
Patah tiang timpa kemudi,
Sekuntum bunga terlalu indah,
Sekalian kumbang asyik berahi.

Pukul empat pukul lima,
Pukul lapan belum lagi,
Sirih lipat sudah terima,
Badan tuan belum lagi.

Ikan todak dalam perahu,
         Anak syahbandar memangku puan,
           Tidur tak hendak makan tak hendak,
Badan terserah padamu tuan.

Tatang puan tatang cerana,
Datang biduk seri rama,
Datang tuan datang nyawa,
Mari duduk bersama-sama.

Di mana tempat murai berbunyi,
Pokok kekabu di tepi kolam,
Di mana tempat kita berjanji?
Di dalam kelambu di atas tilam.

Di mana kuang bertelur?
Di atas lata, di ruang batu,
Di mana abang nak tidur?
Di atas dada, di ruang susu.

Hanyut batang dari kuala,
Raja mambang berkayuh balik,
Dinda kutatang bagai gemala,
Tempat abang duduk bertelek.

Sedap sungguh belayar kapal,
Kapal masuk sekali setahun,
Sedap sungguh tidur sebantal,
Tangan memeluk kaki memanggun.

Kalau ada kaca di pintu,
Batang dedap di dalam padi,
Kalau kanda kata begitu,
Alangkah sedap di dalam hati.

Kalau tuan menjadi ketua,
Kayu bongkok mari dijulang,
Kalau hendak kita berdua,
Karam perahu sama direnang.

Buah pauh buah kundang,
Buah langsat buah duku,
Duduk jauh berasa bimbang,
Duduk dekat berasa malu.

Banyak sudu dalam peti,
Hendak makan bubur sagu,
Kalau betul setuju di hati,
Mengapa sampai menanggung rindu.

Kalau menyeberang titi hanyut,
Sanggupkah adik berenang ke tepi,
Kalau datang ajal dan maut,
Sanggupkah adik bersama mati.

Kalau kena dengan pasangnya,
Kuda tidak takut pedati,
Kalau kena dengan datangnya,
Dinda tidak takut mati.

Dari Sekukuh mudik ke Benta,
Mudik dengan perahu galah,
Kalau sungguh bagai di kata,
Badan dan nyawa sanggup ku serah.

Kalau roboh kota Melaka,
Sayang selasih di dalam puan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Rasa nak mati di pangku tuan.

Orang Daik bersampan panjang,
Lalu mari laut Burma,
Kasih baik hatiku sayang,
Rasa nak mati bersama-sama.

Burung terkukur terbang menguku,
Makan padi di tapak tangan,
Rasa nak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Gajah langgar kuda beraksa,
Mayang di mana dihempaskan,
Sama lebur sama binasa,
Tuan tiada kanda lepaskan,

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Anak ruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Menjadi hutang beribu tahun.

Anak ruan lima-lima,
Mati seekor di atas darat,
Kasih tuan saya terima,
Jadi hutang dunia akhirat.

Ubur-ubur sepinggan dua,
Pakai cincin di hujung jari,
Satu kubur kita berdua,
Dinda di kanan saya di kiri.

Kalau tuan pergi ke hulu,
Carikan saya ikan pelaga,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantilah saya di pintu syurga.

Hari Khamis malam Jumaat,
Sembahyang Subuh pukul lima,
Janji kita biar selamat,
Subur kekal selama-lama.