Monday, November 29, 2010

DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W

Sabda Rasulullah s.a.w :
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a) 
              
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya. (Hadis Dha'if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar) 

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami. (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin. (Hadis Dha'if riwayat Ibnu Majah) 

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) 

Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut . 

Poligami Tidak Mudah

POLIGAMI adalah penawar dan ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana tujuan pensyariatannya bagi menyelesaikan masalah.
Bahkan poligami disyariatkan bagi mengelak masyarakat terbabit dengan pelbagai gejala moral yang boleh meruntuhkan institusi rumah tangga.

Malah, jika diteliti keburukan berpoligami jauh lebih baik bagi masyarakat, keluarga dan individu dibandingkan dengan keburukan membiarkan umat Islam terbabit dengan kancah zina dan persundalan dengan sewenang-wenangnya.

Justeru itu, sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu mengikut segala peraturan ditetapkan sama ada berlandaskan hukum syarak yang menetapkan syarat berlaku adil mahupun aspek perundangan syariah negara bagi mengelak suasana haru-biru yang mencemarkan imej institusi kekeluargaan Islam.


Malah, lebih memburukkan keadaan apabila ada yang mengambil jalan mudah berpoligami di negara jiran seperti di Selatan Thailand yang boleh dipertikaikan status pernikahannya.

Di Malaysia kebenaran untuk berpoligami tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam yang dikanunkan di seluruh negeri.

Melihat kepada peruntukan undang-undang yang begitu ketat sebenarnya sukar untuk suami berkahwin lagi.

Namun, ini tidak bermakna poligami diharamkan. Penetapan undang-undang yang sebegitu rupa digubal supaya hak dan kepentingan isteri sedia ada terjamin dan tidak dizalimi di samping itu juga bagi memastikan bahawa keadilan dapat diberikan kepada isteri-isterinya.

Disamping itu, ia juga bagi memelihara keperluan anak-anak yang kemungkinan terabai akibat perkahwinan yang baru.

Peruntukan sebegini juga perlu supaya keharusan berpoligami tidak disalahgunakan dan imej poligami Islam yang baik dapat dizahirkan.

Perlu juga diingat poligami bukan tiket untuk berseronok dan melampiaskan nafsu semata-mata.
Poligami juga bukan hak eksklusif untuk suami berkahwin lagi.
Suami yang ingin berpoligami tertakluk kepada syarat boleh berlaku adil antara semua isteri dan anak-anak yang di bawah tanggungannya.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil kepada anak-anak yatim, maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.

“Tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri) maka kahwinilah seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah al-Nisa’;3).

Baginda Rasulullah turut memberi peringatan dengan sabdanya yang bermaksud: “Barang siapa memiliki dua orang isteri dan dia melebihkan salah seorang daripadanya, maka akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dalam keadaan bahunya senget sebelah”.


MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru

DALIL-DALIL KELEBIHAN BERKAHWIN


1. DALIL DARI AL-QURAN
Firman Allah Taala:
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32) 
Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin. 
Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232) 
Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka. 
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74) 

Friday, November 19, 2010

Kepercayaan Kepada Pasangan



MEMBINA KEPERCAYAAN
Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.

Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.

Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.

‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.

Namun begitu bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.

‘‘Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,’’

Thursday, November 18, 2010

Persediaan Menghadapi Perkahwinan


Sebelum membuat keputusan berumah tangga, setiap pasangan perlu menyelidiki dan menggariskan beberapa tugas yang perlu dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian rumah tangga agar terus subur.
Antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi suami ke atas isteri dan anak-anak mereka termasuk:
1. Menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada isteri dan anak.
2. Memberi nafkah batin termasuk bergaul dengan isteri secara baik.
3. Melindungi isteri dan anak-anak berkenaan dari segi keselamatan dan kesihatan mereka.
4. Melindungi maruah dan harta benda keluarga.
5. Membimbing isteri dengan ajaran Islam dalam mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Mendidik anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
7. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah yang menimpa keluarga dan jiran tetangga.
Tugas dan tanggungjawab isteri juga penting bagi mengekalkan hubungan yang dibina. Antara peranan dan tanggungjawab isteri :
1. Isteri perlu menjaga kehormatan diri mereka terutama apabila suami tiada di rumah.
2. Patuh terhadap arahan suami selagi ia bukan arahan untuk melakukan maksiat.
3. Memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
4. Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan diri dan anak-anak.
5. Menyimpan rahsia pergaulan dengan suami.
6. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin atau pengetahuan suami.
7. Berhias serta menjaga kesopanan buat tatapan suami dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di khalayak ramai.

Wednesday, November 17, 2010

Perkahwinan Memantapkan Agama



Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;

“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
                                                         (Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)

Friday, November 12, 2010

Kaedah Nikah Di Masjid


KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID

1.     Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2.    Niat I’tikaf.
3.    Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4.    Bapa minta izin daripada anak.
5.    Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6.    Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7.    Pemilihan saksi.
8.    Membaca khutbah nikah.
9.    Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11.  Membaca lafaz ta’lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.

PERINGATAN

1.     Jika pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
2.    Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
3.    Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.
4.    Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5.    Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6.    Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.

Thursday, November 11, 2010

Akad Nikah Di Masjid


LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI;

1.     Nikah kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
2.    Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
3.    Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
4.    Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
5.    Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

Wednesday, November 10, 2010

Panduan Mendapat Keberkatan

PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM BERUMAHTANGGA

1.      “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2.      “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3.    Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4.    Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahlanya.

5.    Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6.    Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7.      Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

8.    2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat 3 kebaikan;
 a)    dilepaskan dukacita
b)   ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
c)    mendapat rezeki yang tidak diduga

9.    Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;
a)    Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
b)   Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”)
c)    Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d)   Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
e)   Berdoa;
  
10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11.  Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);
a)    Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
b)   Solat Isya’ berjemaah
c)    Berselawat atas Nabi
d)   Tazkirah ringkas
e)   Jamuan sekadarnya
12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
a)    Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b)   Solat Isya’ berjemaah
c)    Selawat dan Marhaban
d)   Syarahan agama berkaitan rumahtangga
     Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI


Maksud hadith Rasulullah s.a.w;

“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
                                                                      (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
                                        (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)

Tuesday, November 9, 2010

Hukum Nikah

1.
Harus
·     hukum asal perkahwinan adalah harus

2.
Sunat
·     mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.
Wajib
·     seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.
Makruh
·     mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.
Haram
·     seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini

majalah pengantin

                             majalah untuk mendapatkan info2 berkaitan pengantin

Monday, November 8, 2010

Sunday, November 7, 2010

SENARAI PUSAT KURSUS PERKAHWINAN


PUSAT KURSUS PERKAHWINAN
Di dalam blog ini, saya ada senaraikan beberapa buah tempat pusat kursus perkahwinan di kawasan Lembah Klang. Di antaranya ialah :- 


SUNGAI BESI
BTS MANAGEMENT 
- Di sahkan oleh JAWI, JAKIM dan JPM
- Sah di seluruh Malaysia

- Tiada had tempoh

-
Tempat selesa, bebas dari kesesakan  
- WiFi PERCUMA  
- Tempat letak kereta PERCUMA
- Yuran RM80 (makan/minum/folder/sijil)  
- Tiada caj tambahan
 
Telefon/SMS 24 jam @ Datang terus @ Email
Kursus diadakan 2 hari, 13 jam kredit
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad  : 9.00 pg - 6.00 ptg




____________________________________________________________________

BANDAR DAMANSARA

PUSAT KURSUS PERKAHWINAN BANDAR DAMANSARA


Kursus ini mengambil masa selama 12 jam yang mana merangkumi 11 tajuk berdasarkan
MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM yang dirangka oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sijil akan dikeluarkan oleh JAWI/JAKIM/JPM dan ia dapat digunakan
di seluruh negara termasuk untuk permohonan nikah di luar negara, tanpa had masa.
  • TIADA UJIAN
  • TIADA TEMUDUGA
  • TIADA CAJ TAMBAHAN
Tingkat 2,  Blok A  (Damansara Business Centre) Jalan Damanlela
Pusat Bandar Damansara,Kuala Lumpur

(Sama blok dengan Kolej MAHSA, CIMB BANK dan Mc Donald serta berhadapan HSBC BANK)
"Walk-in sebelum jam 2.00 ptg"
Kursus diadakan pada setiap hari Sabtu (jam 3.00 - 7.00 ptg) dan Ahad (jam 8.30 pg - 6.00 ptg) 



_____________________________________________________________________



SETIAWANGSA

PUSAT KURSUS PERKAHWINAN WANI PESONA


- WANI PESONA ADALAH PUSAT KURSUS NO. 1 DI SETIAWANGSA SEJAK 2003
- Wani Pesona Sdn Bhd berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak tahun 2003.
- SIJIL KURSUS yang dikeluarkan kepada peserta ini hendaklah digunakan semasa anda membuat
   permohonan nikah di Pejabat Agama Islam seluruh Malaysia.
- SIJIL KURSUS adalah SAH di seluruh Malaysia.
- Wani Pesona menyediakan minum petang (SABTU) dan sarapan pagi diikuti dengan makan tengah hari (AHAD).
- Dewan Wani Pesona yang berhawa dingin dan selesa dilengkapi dengan paparan LCD.
- Surau lelaki & perempuan disediakan.
- Lokasi Wani Pesona bebas dari kesesakan/penutupan jalan di hujung minggu.
- PARKING kereta dan motorsikal terdapat di hadapan Wani Pesona dan ianya percuma.
- Yuran Kursus RM 80.00 seorang.

WAKTU KURSUS
SABTU: 2.30 PTG - 7.30 PTG
AHAD : 8.30 PAGI - 4.00 PTG

WANI PESONA SDN. BHD
No. 19, (Ground Floor), Jelatek Business Centre,
Jalan Jelatek 2, Off Jalan Jelatek,
54200 Kuala Lumpur.
(Sebaris Wisma KRU)


Klik untuk daftar

 

 _______________________________________________________


BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS

PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI
 
Latarbelakang Kursus Kahwin MBKPI / MBKPPI
Modul bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam [MBKPI] telah digubal pada tahun 1996. Modul MBKPPI / MBKPI di guna pakai di Pusat Bimbingan Sri Permaisuri dengan kebenaran dari Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Pusat Bimbingan Sri Permaisuri dan Jabatan Agama hendaklah menerima pakai Kandungan Modul [MBKPI]
dan melaksanakan tanpa sebarang pindaan. 


- Yuran bagi seorang ialah ‘tidak kurang’ dari RM 80.00: seorang.. (Tunai).
- Kursus yang di jalankan ialah selama dua hari berturut-turut (3 petang – Hari Sabtu) dan (9 pagi – Hari AHAD)
- Kursus selama dua hari ini meliputi 12 tajuk dalam masa 13 jam kredit.
- Bilik kuliah yang selesa dan berhawa dingin, Alat Visual, Banquet Chair (lelaki dan perempuan duduk berasingan),
  whiteboard and etc. BILIK solat bagi lelaki dam perempuan

- Makan / Minum sampai KENYANG: HARI AHAD Breakfast  jam (11:00 am) /  Makan Tengahari (lunch 13:30)
- Peserta lelaki duduk di sebelah kiri dan perempuan di sebelah kanan.
- Plaza Dwitasik Bdr Sri Permaisuri terletak tidak jauh dari Desa Water Park
  dan Mid Valley hanya 100 meter dari HUKM.

Sijil Kursus Pra-perkahwinan MBKPI / MBKPPI
  • Bakal pengantin di wajibkan menghadiri KURSUS KAHWIN MBKPI / MBKPPI di Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / Pusat Bimbingan An Nisaa sebelum sesuatu permohonan perkahwinan di hantar ke Jabatan Agama Islam.
  • Sijil Kursus Kahwin MBKPI / MBKPPI yang bakal di terima dari Pusat Bimbingan Sri Permaisuri, akan di guna  pakai bagi mendapatkan KELULUSAN KEBENARAN UNTUK BERKAHWIN di dalam  mana-mana negeri atau DAERAH Di MALAYSIA, ini termasuklah di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
  • SIJIL KURSUS KAHWIN ini nanti akan di guna pakai bagi mendapatkan  KELULUSAN KEBENARAN berkahwin di Luar Negara.
PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI
Plaza Dwi Tasik Blok A, Tingkat 4-3, Lot A4-6
Bandar Sri Permaisuri, Jalan Tasik Permaisuri 1
56000 Cheras, Kuala Lumpur.


Klik untuk daftar



________________________________________________________________

MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR


KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PUSAT PEMBAN
GUNAN KELUARGA ISLAM (PPKI) DI MASJID NEGARA
 

- Bilik Kuliah @ Dewan Utama Berhawa Dingin
- Penceramah yang Berkelayakan & Berpengalaman Luas dari JAWI & JAKIM
- Nota Kursus @ Buku disediakan
- Selesa untuk Beribadah
- Refreshment + Lunch + Minum Petang disediakan pada hari Ahad
- Tempat Letak Kereta PERCUMA!
- Sijil dikeluarkan oleh JAWI : Diiktiraf di seluruh Malaysia tanpa had tempoh 
   


WAKTU KURSUS
kursus diadakan setiap Sabtu dan Ahad

SABTU : 2.30ptg - 6.30ptg
AHAD : 8.30.00 pagi - 6.30 ptg
Bayaran RM80.00 seorang


Klik untuk daftar


_________________________________________________


ALAM DAMAI, CHERAS

PUSAT KURSUS JOMKAHWIN

Pusat kursus Jomkahwin di jalankan oleh pihak DARUSSALAM MANAGEMENT  yang telah diperbadankan pada 16hb April 2007.
Fasiliti serta perkhidmatan yang di tawarkan :-
    1/ Lokasi yang strategik
    2/ Dewan kursus yang luas
    3/ Sistem bunyi yang bermutu
    4/ Dewan makan berhawa dingin
    5/ Penceramah yang terbaik
    6/ Tempat solat
    7/ Kemudahan WIFI
    8/ Makan Percuma

Alamat Pusat Kursus:-

46-1, Jalan Alam Damai 1, Damai 23, Alam Damai, Cheras, 56000 Kuala Lumpur

Jadual  Kursus Pra-perkahwinan
Hari 1

Sabtu
2.00pm
:
Pendaftaran
2.30pm
:
Akhlak Dalam Islam
3.30pm
:
Akidah Dalam Islam
4.30pm
:
TEA BREAK & ASAR PRAYER
4.45pm
:
Ibadah Dalam Islam
5.45pm
:
Hubungan Dalam Keluarga
6.45pm
:
END OF DAY 1
Hari 2

Ahad
9.00am
:
Perkahwinan Dalam Islam & Prosedur Perkahwinan
10.00am
:
Perkahwinan Dalam Islam & Prosedur Perkahwinan
11.00am
:
MORNING BREAK
11.15am
:
Komunikasi Suami & Isteri
12.15pm
:
Pengurusan Kesihatan
1.15pm
:
LUNCH BREAK & ZOHOR PRAYER
2.00pm
:
Pengurusan Kewangan dan Masa
3.00pm
:
Pembubaran Perkahwinan
4.00pm
:
Pengurusan Stress dan Konflik
5.00pm
:
TEA BREAK & ASAR PRAYER
5.15pm
:
Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
6.15pm
:
END OF COURSE























Klik untuk daftar